Mandi dan sabun memang tak dapat
dipisahkan.Mana taknya kalau mandi tak
bersabun macam minum kopi tak
bergula.Sabun adalah campuran pencuci
yang digunakan bagi kegunaan peribadi kita
seharian. Ia biasanya dijual sebagai bentuk
ketulan dan serbuk. Kebanyakan campuran
sabun ani adalah sebatian sodium atau garam
potassium dari asid lemak yang boleh
dihasilkan dari minyak atau lemak dengan
bertindak balas dengan alkali (seperti sodium
atau potassium hidrosida) pada 80°–100 °C
dalam proses yang dikenali sebagai
saponifikation. Lemak atu adalah hidrolisis
oleh bahan asas, menghasilkan glykerol dan
sabun kasar.
Sebelum mengenal sabun, manusia dikatakan
mandi dengan menggosokan badan dengan
batu-batu halus untuk menyingkirkan kotoran
di tubuh. Agar kulit harum dan halus, mereka
menaburkan kuntum mawar, melati, kenanga,
sirih, dan minyak zaitun ke dalam air.
Kebiasaan ini masih berterusan hingga 1980-
an.Boleh dikatakan pada era ini nenek
kebayan memang bayak buat duit dengan
menjual minyak wangi untuk mengharumkan
badan.
Dalam sejarah, alkali yang digunakan adalah
potash dihasilkan daripada pembakaran
bahan tumbuhan seperti abu kayu. Sabun ini
dihasilkan daripada minyak atau lemak.
Sodium Tallowate, bahan biasa dalam
kebanyakan sabun, sebenarnya adalah lemak
haiwan. Ada juga sabun yang dihasilkan dari
minyak sayuran, seperti minyak zaiton.
Cuba banyangkan jika tiada sabun? Badan
kita mungkin akan berbau, kotor,
dan mungkin terkena penyakit kulit.
Berdasarkan ukiran yang terdapat pada
tembikar peninggalan tamadun Babylon,
bahan-bahan yang terkandung dalam
sabun telah dimanfaatkan sejak 2.800 SM.
Dalam Papirus Eber, dokumen tentang
kesihatan Mesir Kuno tahun 1.500 SM,
masyarakat Mesir Kuno menggunakan
kombinasi minyak haiwan atau sebatian
dengan garam alkali digunakan untuk
menyembuhkan penyakit kulit dan
membersihkan badan.
Masyarakat di Eropah Utara, pada abad
pertengahan, baru mengenal sabun cair tapi
baunya kurang enak. Pada abad ke-13 jenis
sabun keras mulai diekspot ke Eropah.
Teknologi pembuatan sabun juga ditransfer
ke Italia dan Perancis selatan semasa
era Renaissance. Di England, menunjukkan
lebih dari 180 orang terlibat dalam bisnes
sabun. Bisnes sabun mendapat tempat yang
istimewa di England. Pada 1622 Raja James
memberikan hak monopoli kepada seorang
pembuat sabun dengan
membayar pendapatan $100.000 setahun.
Salah satu perusahaan yang memperkenalkan
sabun produksi industri adalah Unilever,
merger antara perusahaan asal England,
Lever Brothers, dan perusahaan asal Belanda,
Margarine Urine. Produk sabun Unilever
adalah Lifebuoy, Lux, Sweetmay, dan Capitol.
Unilever membuka anak perusahaan di
Jakarta pada 1931. Pesaingnya, P&G, produksi
perusahaan Jerman, Dralle –yang pada 1940-
an berubah nama menjadi Colibri dan diambil-
alih Unilever.
Fakta Menarik Tentang Sabun
Perkataan”Soap” atau sabun diambil
dari bahasa latin “Sapo”,Sapo
merupakan nama sebuah gunung –
ada juga yang menyebutnya bukit–
dalam mitos Romawi Kuno, yang biasa
menjadi tempat pemotongan haiwan
korban dalam sesebuah upacara.
Ketika hujan, sisa-sisa lemak haiwan itu
tercampur abu kayu pembakaran dan
mengalir ke Sungai Tiber di bawah
gunung. Tak diduga, saat masyarakat
sekitar sungai mencuci, mereka
mendapati air mengeluarkan buih dan
pakaian mereka menjadi lebih bersih.
Pada tahun 2008, Pertubuhan
Bangsa-Bangsa menetapkan bahawa
15 Oktober setiap tahun sebagai Hari
Cuci Tangan Pakai Sabun Sedunia.
Pada Tahun 1688 King Louis XIV dari
Perancis telah menandatangani
perjanjian dengan pengusaha sabun
yang dikenali dengan nama
signed “Colbert’s Edict”.Didalam
perjanjian tersebut menyatakan
pembuat sabun mesti menhasilkan
sabun dengan minyak zaitun asli
sahaja.
King Louis XIV juga pernah
menghukum mati tiga orang pembuat
sabun kerana membuat kulitnya
mengelupas. Takut ditimpa hukuman
yang sama, beberapa pembuat sabun
berusaha lebih serius untuk
menciptakan sabun berkualiti baik.
Suatu ketika dahulu di England sabun
dikenakan cukai yang amat tinggi
kerana,sabun dikategorikan sebagai
barang mewah.
Post a Comment
Post a Comment
This Blog is DOFOLLOW, Well Please Comment and are not included in spam Thank You..
Cheers,
Admin